PHP : Personal Home Pages
ASP : Active Server Pages
ASP dan PHP adalah kedua-dua programming language yang biasanya digunakan untuk membina laman web. Berbeza dengan laman web html statik biasa, ASP dan PHP laman web yang lebih dinamik dan boleh membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat menggunakan database laman web.
ASP merupakan produk Microsoft.
KELEBIHAN: ASP lebih secure, dan ia boleh menyimpan jumlah data yang amat besar. Kod di belakang(code-behind) membolehkan anda lebih mudah untuk maintain kod apabila ia datang ke laman web besar. Mesra pengguna dalam kontek penulisannya. Dengan ciri ActiveX Data Object dan SQL pembinaan database web menjadi lebih mudah. ASP digunakan secara meluas untuk keperluan Web syarikat-syarikat besar kerana ia sesuai untuk pembinaan website yang besar dan transaksi online.
KELEMAHAN: boleh dijalankan hanya pada MS Windows, dan anda perlu membayar. Pada mulanya hanya boleh dilaksanakan hanya di Microsoft servers. ASP secara amnya tidak disokong di luar Microsoft servers. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi pihak ke-3(3rd party application) yang boleh membuat serasi dengan servers yang lain sedikit . ASP memerlukan belanja lebih kerana anda perlu membeli MS-SQL,yang merupakan produk Microsoft.
Pengguna ASP : eBay.com, amazon.com 
PHP
KELEBIHAN: PHP percuma. Banyak disokong oleh syarikat-syarikat webhosting. PHP mudah untuk dipelajari dan menyesuaikan diri berbanding ASP. Applikasi Notepad sudah cukup untuk menulis kod PHP.kebanyakan tools yang berkaitan dengan PHP ialah perisian open source dan percuma.
KELEMAHAN: Kurang secure dan lebih terdedah kepada ancaman hackers. Kurang sesuai untuk projek yang berskala besar atau website yang besar. Lemah dari segi recursion.
Pengguna PHP : Facebook, Yahoo!, YouTube, Wikipedia, Digg, WordPress,Drupal 